Tuesday, September 29, 2009

Panggilan Pertama

hmm .. aku tak tahu nak bercerita tentang apa .. aku terpanggil untuk update blog aku lepas baca blog Zahiril Adzim .. bukannya apa .. aku baru tengok teater GADOH kat youtube sebab masa pementasan aku tak sempat pegi .. well .. aku rasa pementasan GADOH memang best .. ianya satu pengajaran kepada khalayak ramai .. kalau diikutkan sebenarnya pementasan ini lebih kepada apa yang berlaku di kalangan pelajar sekolah hari ni .. seperti apa yang aku lalui di sekolah lama aku .. dimana sekolah itu di kawal oleh oleh kaum melayu .. mereka tidak menindas kaum cine tetapi mereka sering mengada-adakan cerita supaya dapat berGADOH dan menunjukkan siapa yang lebih hebat ..


aku rasa itu satu tindakan yang agak kurang pandai atau erti kata lain bodoh .. sesetengah orang menganggap dengan bergadoh orang lain akan memandang tinggi kepada mereka .. tetapi pada aku mereka yang berkelakuan sebegini sebenarnya hanya ingin menunjuk-nunjuk ..


memang .. guru juga memain kan peranan .. aku setuju .. guru tidak seharusnya hanya mengikut peraturan .. guru juga harus memainkan peranan dari segi psikologi .. guru seharusnya mendengar penjelasan dari murid dan bukannya terus menghukum .. guru harus pandai bermain dalam sesuatu situasi .. bukannya hanya mengikut arahan dan menunding jari ..


aku bukannya seorang murid yang jahat .. dan aku juga bukan lah baik seperti yang disangka .. tetapi aku hanya pelajar biasa yang berhati-hati dengan tindak-tanduk aku di sekolah .. aku berhati-hati kerana aku tidak mahu di buang sekolah .. aku tidak mahu dilabel sebagai budak jahat .. dan aku juga tidak mahu dilabel sebagai perosak nama sekolah .. (ape la aku merepek) .. jadi aku hanya menjadi pemerhati di sekolah .. memerhati segala perkembangan yang berlaku .. sesetengah guru yang mengajar di sekolah aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mendidik kami menjadi anak bangsa yang berguna .. tetapi sesetengah nya hanya mengajar kerana ianya sebahagian dari tugas .. apa yang aku perasan .. apabila guru itu bersungguh-sungguh untuk mengajar pelajar-pelajar di hadapan dia .. mereka seolah-olah berada di zoo .. berada di sarkas .. dengan membuat bising di kelas .. dan sebagainya .. aku mengaku aku bukannya sempurna .. aku juga manusia biasa .. cuma aku cuba untuk tidak jadi sebegitu ..


p/s : aku dah merepek tahap gaban .. thanks sebab korang baca .. sekian .. wassalam ..

No comments:

Post a Comment