Tuesday, October 2, 2012

Sang Pujangga

Berhabuk jugak aku rasa blog ni kalau dia wujud di alam realiti.  Lama jugak, skil penulisan pun dah hancur.

Dulu zaman acah-acah nak jadi blogger terkenal, macam-macam aku buat, tapi belum sampai tahap copy paste karya orang ye, aku menggunakan karya aku sendiri, tapi gaya dan stail yang lebih kurang.  Haha aku sangat kagumi dia, dia rakan sepersekolahan aku, nama dia Ulii, aku kagum dengan semua karya dia, malah aku kagum dengan stail hippies dia tu.

Okay, beralih ke cerita lain, aku dan sang pujangga.  Haha kami bersama sudah 15 bulan, korang kira sendiri boleh?  Penat sebenarnya aku bercinta dengan sang pujangga yang seorang ini.  Penat gara-gara mulut dia yang penuh dengan ayat-ayat manis.  Aku dah mati akal macam mana nak abaikan.  Memang aku boleh buat tidak tahu, tapi berapa lama kan?

Yang jadikan aku lebih senang bertukar menjadi hulk, alah monster hijau tu, ala-ala badang tapi di Hollywood kan.  Sang pujangga sentiasa bermanis mulut dengan seorang wanita yang kurang aku gemari.  Entah mengapa, dia gemar bagi aku angin satu badan.  Gemar menyakat aku.  Haih, aku kurang ngerti sang pujangga yang satu ini.

 Katanya sayang, katanya cinta, katanya rindu, katanya kasih, katanya mahu menikahi, tapi lagaknya, hanya tuhan yang mengerti. 

Dia, sang pujangga yang sering mengukir senyuman, sering membuat aku gelak ketawa dengan lagak dan gayanya.  Entah, kadang kala sampai aku lupa yang jarak umur kami ini jauh.  Aku sentiasa berharap dan berdoa agar ibu bapa aku tidak kisah.

Aku cinta, aku sayang, dan aku berharap aku yang terakhir buat dia.  Moga-moga apa yang diharap bakal jadi kenyataan.  Kalau ianya menjadi kenyataan, aku menjadi paling gembira.

Sayang, moga-moga kita kekal bersama :)